Bengkel / Latihan Audit Dalaman

Bengkel / Latihan Audit Dalaman

Bengkel / Latihan Audit Dalaman yang dianjurkan oleh Unit Kualiti UDM telah diadakan pada 8 hingga 9 Disember 2006 bertempat di Motel Desa, Kuala Terengganu Bengkel yang diadakan selama 2 hari itu telah difasilitatorkan oleh Prof. Dr. Mohd Afandi bin Muhamad. Dua orang wakil dari Pusat Teknologi Maklumat telah menghadiri bengkel tersebut iaitu Puan Mumtazimah dan Puan Aznida Hayati. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta berkenaan dengan Sistem Pengurusan Kualiti iaitu:

Konsep, Falsafah dan Peranan Audit Kualiti Dalaman

* MSISO 9001:2000

* Hubungkait Audit dengan Piawai MS ISO 9001:2000

* Kaedah untuk menjalankan Audit Kualiti Dalaman