Kerjasama KPT-IPTA Bagi Penawaran Biasiswa Antarabangsa Malaysian International Scholarship For Post-Graduate Programme

EDARAN SEPERTI DILAMPIRKAN,

Y. Bhg. Tan Sri/ Dato' Seri/ Datuk/ Dato'/ Prof/,

KERJASAMA KPT-IPTA BAGI PENAWARAN BIASISWA ANTARABANGSA MALAYSIAN INTERNATIONAL SCHOLARSHIP FOR POST-GRADUATE PROGRAMME

Sukacita saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Jemaah Menteri pada 13 Jun 2007 telah meluluskan penajaan biasiswa pasca ijazah kepada pelajar antarabngsa. Biasiswa yang dinamakan Malaysiaa International Scholarship for Post Graduate Studies ini menawarkan 100 tempat setiap tahun bagi pengajian peringkat Sarjana dan PhD di Institusi Pengajian Tinggi Awam.

3. Matlamat penawaran biasiswa kepada pelajar antarabangsa di peringkat pasca ijazah ini selain dari meningkatkan hubungan dua hala antara kerajaan dan sebagai insentif bagi menarik pelajar asing melanjutkan pengajian di IPTA tempatan, ia juga bertujuan bagi menarik pelajar cemerlang dari luar negara khususnya negara-negara maju melanjutkan pengajian dan menjalankan penyelidikan di IPTA.

4. Pada masa ini hebahan iklan biasiswa dibuat dengan kerjasama pihak Wisma Putra dan pejabat promosi pendidikan di luar negara. Kementerian ini berpandangan bahawa pihak IPTA juga boleh memainkan peranan dalam mempromosi penawaran biasiswa ini melalui hubungan dan kerjasam sedia ada pihak IPTA dengan universiti luar negara khususnya negara maju dalam bidang penyelidikan dengan mambantu mengenalpasti calon-calin yang berpotensi untuk melanjutkan pengajian dan menjalankan penyelidikan di IPTA.

5. Bagi menjadikan biasiswa ini lebih menarik, adalah diharapkan IPTA dapat menyediakan satu pakej tambahan sama ada dalam bentuk kewangan atau kemudahan yang dapat memberikan nilaitambah dan tarikan kepada calon-calon yang benar-benar cemerlang khususnya dari negara-negara yang tidak disenaraikan sebagai negara peserta.

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin