Jadual Pemprosesan Keputusan Peperiksaan Akhir

Jadual Pemprosesan Keputusan Peperiksaan Akhir Semester II Sesi 2008/2009

Dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Semester II Sesi 2008/2009 akan bermula pada 19 April hingga 04 Mei 2009. Sehubungan itu, pihak Bahagian Pengurusan Akademik akan membuka sistem permarkahan berkomputer supaya para ahli akademik dapat memasukkan markah bagi setiap kursus secara 'on-line' mulai 19 April hingga 14 Mei 2009.

Justeru, bersama-sama ini disertakan Jadual Pemprosesan Keputusan Peperiksaan Akhir Semester II Sesi 2008/2009 termasuklah tarikh penyediaan keputusan peperiksaan serta tarikh cadangan Mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa Fakulti/Pusat untuk rujukan dan panduan serta tindakan pihak Prof./Dr./Tuan/Puan sewajarnya.