Program Mini Karnival Kerjaya dan Keusahawanan

Program Mini Karnival Kerjaya dan Keusahawanan

Kelab Keusahawanan IPT-UDM akan mengadakan Program Mini Karnival Kerjaya dan Keusahawanan pada 15hb -19hb Januari 2010 bertempat di Universiti Darul Iman Malaysia (UDM). Salah satu slot tersebut adalah “Gerak Usahawan Siswa 2010” yang akan diadakan pada 19hb Januari 2010 (Hari Selasa) Jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang di Dewan Al-Muktafibillah Shah (DABS).

Kepada pelajar yang berminat, bolehlah datang ke Pejabat Fakulti Informatik untuk turut serta menyertai program ini. Penyertaan adalah dihadkan kepada 60 pelajar sahaja.