Pertandingan Multimedia 2010
Sepertimana yang sedia maklum, team Multimedia UDM yang diwakili oleh pelajar DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT [MULTIMEDIA] Semester 6 ( Wan Mohd Saifuddin dan Ahmad Nafizie ) telah berjaya merangkul tempat kedua dalam pertandingan multimedia anjuran UNITEN. Ini adalah penyertaan pertama kali pelajar multimedia dalam pertandingan di peringkat kebangsaan ini.
Tahniah kepada Jabatan Multimedia kerana berjaya melahirkan pelajar yang mampu menaikkan imej Universiti. Semoga program multimedia fakulti dapat dipromosikan lebih meluas lagi dan menjadi testimoni promosi berbanding universiti lain.