Rombongan Lawatan Sambil Belajar

Rombongan Lawatan Sambil Belajar

6 April 2009, Makmal Multimedia - Fakulti Informatik telah menerima rombongan lawatan berinformasi daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serating seramai 40 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring. Rombongan ini tiba di UDM Kampus KUSZA pada jam 9.30 pagi.Taklimat mengenai UDM telah disampaikan oleh En. Johari (Unit Komunikasi dan Korporat). Dalam taklimat tersebut, pelajar didedahkan dengan sejarah penubuhan UDM, program pengajian di UDM, infrastruktur, kemudahan pelajar dan aktiviti sukan di UDM. Sukan memanah dan golf menjadi tarikan kepada pelajar dan guru yang hadir.

Manakala taklimat mengenai Fakulti Informatik telah disampaikan oleh Timbalan Dekan, En. Suhailan b. Dato' Hj. Safei. Pelajar didedahkan tentang program yang ditawarkan, peluang kerjaya dan kerjasama industri bagi meningkatkan peluang kerjaya pelajar dalam bidang ICT. Pelajar turut dipersembahkan dengan hasil kerja pelajar tahun akhir multimedia daripada program sedia ada di Fakulti Informatik. Persembahan hasil kerja tersebut telah menarik ramai pelajar dan guru terutama dalam bidang Multimedia. Pihak guru mencadangkan agar fakulti mewujudkan latihan kepada guru-guru sekolah dalam membangunkan bahan pengajaran Multimedia.

Pengurusan UDM turut menyampaikan cenderahati kepada wakil rombongan sekolah melalui wakil UDM dari Unit Komunikasi dan Korporat, Pn. Zaleha. Rombongan pelajar bersurai pada jam 11.00 pagi.Galeri

Hubungi Kami

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • KEMASKINI TERAKHIR : 17/01/2024 

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX VERSI 3+ DAN MICROSOFT INTERNET EXPLORER VERSI 8+ DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 800 PIKSEL

© 2019 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN. HAKCIPTA TERPELIHARA.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin