Dimaklumkan bahawa Fakulti Informatik akan menawarkan Semester Khas 2010/2011 kepada pelajar Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) pada cuti semester ini. Butiran mengenai Semester khas adalah seperti berikut:
Tarikh dan Jangkamasa Semester Khas : 15 Mei 2011 hingga Jun 2011 (7 minggu)
Yuran Pengajian : RM 30.00 per 1 jam kredit
Yuran Asrama : RM 3.50 (Asrama Lama) RM 4.50 (Asrama Baru)
Jadual Kuliah : Tertakluk kepada jadual pensyarah
Bilik Kuliah : Bilik Kuliah Anas 01
Kursus yang ditawarkan :
TPF4013 Etika, Perancangan Strategik dan Komunikasi
TKS4193 Topik-topik khas
TKE4263 Keselamatan Rangkaian
Bagi pelajar yang berminat untuk menyertai / mendaftar semester khas ini, pelajar perlu mendaftarkan diri dan mengisi borang pendaftaran kursus di pejabat fakulti. Borang pendaftaran kursus tersebut hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan Sains Komputer selewatnya 15 April 2011. Sekian, harap maklum.