Pertandingan Imagine Cup Malaysia 2011

Pertandingan Imagine Cup 2011 telah berlangsung di Kuching, Sarawak pada 4hb hingga 6hb Mei 2011. Walaupun ini adalah penyertaan pertama kali, Fakulti Informatik berjaya menghantar wakil pasukan ke pusingan akhir pertandingan tersebut (30 terbaik) melalui pasukan NT-Waste melalui projek “Sistem Pengesanan Pembaziran Air”. Pasukan tersebut dianggotai oleh saudara Mohd Ruzaimi, Ahmad Abdullah dan Ahmad Syafawi daripada Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) dan Azwa bin Abdul Aziz sebagai mentor.