Program Penyembelihan Ayam

Penyembelihan ayam secara halal telah diadakan pada 30hb Julai 2010. Fakulti Informatik menerusi Persatuan Mahasiswa FIT dengan kerjasama Pusat Islam telah menganjurkan program penyembelihan ayam mengikut syariat Islam. Program ini menerangkan secara ringkas mengenai adab, prinsip dan teknik sembelihan yang betul mengikut garis panduan ajaran agama Islam yang turut dibuat praktikal amali mengenai pelaksanaan penyembelihan ayam. Ceramah dan praktikal amali dibuat di belakang Masjid UniSZA bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari, di bawah bimbingan serta tunjuk ajar Ustaz Suhaimi bin Mohd, pegawai daripada Pusat Islam UniSZA. Galeri