Panduan Kemaskini Nama Komputer-Komputer Di Setiap PTj

PANDUAN KEMASKINI NAMA KOMPUTER-KOMPUTER DI SETIAP PUSAT TANGGUNGJAWAB

A.    LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENAMAKAN SEMULA KOMPUTER ANDA MENGIKUT SISTEM PENGOPERASIAN

1.    Microsoft Windows XP
a.    Klik menu Start
b.    Klik menu Control Panel
c.    Klik System
d.    Pada paparan System Properties, klik menu Computer Name
e.    Klik Change serta ubah nama komputer anda mengikut panduan yang diberikan dan tekan Ok

2.    Microsoft Windows 7
a.    Klik menuControl Panel
b.    Klik System
c.    Pada Computer name, domain and workgroup settings, klik Change settings,
d.    Pada paparan bagi menu Computer Name, klik Change serta tukar nama mengikut panduan di bawah dan tekan Ok

3.    Apple Mac OS X
a.    Dapatkan System Preferences
b.    Klik ikon Sharing
c.    Klik Edit untuk mengubah nama komputer anda mengikut panduan yang diberikan

 

B.    KAEDAH MENAMAKAN KOMPUTER

No. Jenis Komputer Kaedah Menamakan Komputer
1. Komputer gunasama di Pejabat dan Makmal PTj

Gunakan nama singkatan PTj masing-masing diikuti dengan nombor jika terdapat lebih dari satu komputer.

Contohnya
1.    Jika terdapat 2 komputer gunasama di pejabat Fakulti Pengurusan Perniagaan Dan Perakaunan, maka komputer tersebut boleh dinamakan sebagai

--FPPP-Pejabat1

--FPPP-Pejabat2

2.    Jika terdapat 1 komputer guna sama di pejabat Bendahari, maka komputer tersebut boleh dinamakan sebagai

--JB-Pejabat

3.    Jika terdapat 30 komputer di dalam makmal komputer di FKI, maka komputer tersebut boleh dinamakan sebagai

--FKI-LAB1-PC1

--FKI-LAB1-PC2

--FKI-LAB1-PC3 dan seterusnya....

2. Komputer yang dikhaskan kepada kakitangan

Gunakan gabungan nama singkatan PTj diikuti dengan nama email kakitangan tersebut, contohnya

1.    En. Mohd Hazrul dari PTM yang mempunyai alamat emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it., maka komputer boleh diberi nama sebagai
PTM-hazrul

2.    Pn. Rosa dari Jabatan Bendahari dengan alamat emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it., maka nama komputer boleh ditulis sebagai
JB-rosa

 

3. Komputer Notebook PTj, Kakitangan (Hak milik UniSZA) dan persendirian

Gunakan kaedah seperti pada nombor 1 dan 2 di atas dan ditambah dengan perkataan nb, contohnya

FKI-nb1, BPA-nb1, BPA-risyamsi-nb

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 17/01/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin