International Invention, Innovation Industrial Design and Technology Exhibition (ITEX 2012)

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) terus melakar kejayaan yang sangat bermakna menerusi penyertaan buat kali pertama dalam International Invention, Innovation Industrial Design and Technology Exhibition (ITEX).

 

Tiga pingat gangsa pula disumbangkan oleh para penyelidik daripada Fakulti Informatik melalui produk Iqra IT, i-Interview dan E-Masjid.

 

Iqra IT adalah hasil penyelidikan Suhailan Safei, Wan Mohd Rizhan Wan Idris, Mat Atar Mat Amin dan Ahmad Nazari Mohd Rose.

 

i-Interview dihasilkan oleh Suhailan Safei, Fadhilah Ahmad, Engku Fadzli Hasan, Syarifah Nurulhusna Syed Mohd Taha dan Fatimah Ghazali.

 

E-Masjid pula hasil penyelidikan Mohd Kamir Yusof, Mohd Nordin Abdul Rahman dan Mat Atar Mat Amin.

 

ITEX 2012 telah mendapat penyertaan hampir 1000 produk dari dalam dan luar negara yang melibatkan sekolah-sekolah, institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan dan juga swasta.