Program Desa Warisan Bangsa

 

Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA dan  Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEPA) telah berjaya menganjurkan Program Desa Warisan Bangsa yang bertempat di Kampung Pecah Rotan, Gong Badak, Terengganu pada 18 dan 19 Mei 2012.

Program ini telah dirasmikan oleh Dato' Haji Mohd Jidin bin Shafee, selaku Ahli Parlimen Setiu dan juga merangkap Ahli Lembaga Pengarah Universiti. Objektif  utama program ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada pelajar tentang kehidupan sosial di kawasan kampung di samping menjalankan program khidmat masyarakat.

Program sebegini sangat digalakkan bagi mempertingkatkan nilai-nilai sosial dalam diri pelajar. Di antara aktiviti yang dijalankan adalah penyerahan pelajar kepada keluarga angkat, riadah bersama dan pada malamnya diadakan jamuan BBQ bersama penduduk kampung. Aktiviti gotong-royong membersihkan kubur dan kawasan masjid diadakan keesokkan harinya dan seterusnya memasak  beramai-ramai dijalankan bersama penduduk. Kemuncaknya, majlis penutup dirasmikan oleh wakil Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEPA), Ustaz Rusdi bin Muda pada jam 3.30 petang.

Untuk gambar yang lebih lanjut klik disini Galeri Program Desa Warisan