TRIZ Training Workshop(Basic TRIZ)

Untuk gambar yang lebih lanjut klik disini Galeri TRIZ Training Workshop(Basic TRIZ)

 

Fakulti Informatik (FiT) telah mengadakan  bengkel ‘TRIZ Training Workshop(Basic TRIZ) selama 2 hari pada 3 - 4 Disember 2012 bertempat di Dewan Audotorium,Blok Akademik, UniSZA kampus Gong Badak.

TRIZ merupakan satu kaedah untuk menyelesaikan masalah dengan mudah dengan konsep merupakan kreativiti sains yang diadaptasi dari penyelesaian masalah sains serta kejuruteraan. TRIZ bukan sahaja berjaya menyelesaikan masalah secara teknikal tetapi juga berjaya diaplikasikan bagi menyelesaikan pelbagai isu pengurusan sesebuah organisasi. Ianya juga menyediakan alatan bagi pemahaman masalah untuk analisa sistem serta memahami keperluan yang dikehendaki.

Para peserta bengkel amat berpuas hati dan mendapat informasi yang berguna bagi keperluan pengajaran dan pembelajaran.