Fakulti Informatik mendapat MSC-Status

TAHNIAH diucapkan kepada Fakulti Informatik, UniSZA kerana mendapat kelulusan MSC Malaysia-Status daripada Multimedia Develepment Corporation (MDeC), sebagaimana yang dinyatakan dalam surat kelulusan yang dilampirkan.

Kelulusan yang diberikan ini merupakan pengiktirafan terhadapt program pengajian yang ditawarkan, kelengkapan serta tenaga kepakaran berkaitan ICT yang terdapat di Fakulti Informatik.

Semoga dengan pengiktirafan ini, semua Pensyarah dan kakitangan di Fakulti Informatik akan semakin bersemangat dan terus berusaha untuk terus maju ke hadapan!