MOU UniSZA – NEC

Satu memorandum persefahaman telah ditandatangani antara Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan NEC Corporation (MOU UniSZA-NEC ) pada 10/11/2013 jam 10.00 pagi  bertempat di Hotel DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur.

UniSZA telah diwakili oleh YBhg Prof. Dr. Yahaya bin Ibrahim selaku Naib Canselor dan NEC Corporation telah diwakili oleh Encik Yoshimura Akira yang merupakan Pengarah Bahagian Peruncitan. Antara wakil-wakil lain yang hadir di majlis tersebut  dari UniSZA adalah, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Mohd Ekhwan bin Toriman , Dekan FIK iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Nordin bin Abdul Rahman, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi FIK, Prof. Madya, Dr. Fadhilah binti Ahmad dan Timbalan Dekan Akademik dan Siswazah FIK, Dr. Fatma Susilawati binti Mohamad. Manakala dari NEC Corporation – Encik Shotaro Gondo, En Greg Leong, Encik Noda, Encik Khey.

Di antara program kerjasama yang dilaksanakan berasaskan memorandum persefahaman ini adalah seperti berikut:

(1)    Sangkutan industri bagi kakitangan dan pelajar UniSZA di NEC Corporation

(2)    Kolaborasi di dalam pengembangan akademik, latihan, penyelidikan, pembangunan dan inovasi

(3)    Pendedahan kakitangan dan pelajar kepada teknologi rekabentuk perisian dan perkakasan yang dijalankan oleh NEC corporation

(4)    Perlantikan penasihat industri di dalam Fakulti Informatik dan Komputeran UniSZA

(5)    Pemindahan teknologi dari NEC Coprporation ke UniSZA.

Sebelum memorandum ini ditandatangani, tiga program telah dilaksanakan antara UniSZA dan NEC Corporation iaitu lawatan industri UniSZA ke NEC Corporation di Tokyo, Jepun pada December 2012. Kunjungan NEC Corporation ke UniSZA untuk selama 2 hari untuk perkongsian pengetahuan academia – industri pada Februari 2013 dan kunjungan NEC Corporation ke UniSZA selama 2 hari untuk perkongsian pengetahuan academia – industri pada Ogos 2013.

Antara program-program yang dirancang sepanjang tempoh 3 tahun MOU ini adalah seperti berikut:

(1)    Perlantikan penasihat industri dari NEC Corporation di Fakulti Informatik dan Komputeran UniSZA

(2)    Menjalankan 2 projek kolaborasi bagi membangunkan aplikasi untuk persikataran cloud computing

(3)    Menghantar 3 kakitangan akademik untuk latihan dan sangkutan industri di NEC Corporation

(4)    Menghantar 2 orang pelajar untuk menjalani latihan industry di NEC Corporation

(5)    Membangunkan kurikulum akademik yang bersesuaian sebagai nilai tambah kepada program-program akademik yang ditawarkan di Fakulti Informatik dan Komputeran

(6)    UniSZA berkolaborasi dengan NEC Corporation bagi memohon geran penyelidikan dan inovasi daripada kerajaan Negara Jepun.

 

Warga FIK mengucapkakn jutaan tahniah dan semoga FIK akan terus berkembang maju di persada indutri tempatan mahu pun antarabangsa.

Untuk gambar yang lebih lanjut klik disini MOU UniSZA – NEC

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 17/01/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin