FIK meraih Emas dan Anugerah Khas Qatar Foundation PECIPTA'13

 

Sekalung tahniah kepada para penyelidik UniSZA yang telah berjaya memenangi pingat dalam Persidangan dan Eskpo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA 2013) di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 7 hingga 9 November 2013. Pameran yang berlangsung selama tiga (3) hari ini telah dirasmikan Oleh YBhg. Dato’ Seri Idris bin Jusoh (Menteri Pendidikan II). Penyertaan produk UniSZA ini telah diuruskan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM), UniSZA.

Pameran ini dianjurkan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan tema “Transforming Research & Innovation Towards Commercialisation”.

Penyertaan ke pameran ini amat penting kerana ianya menjadi jalan pintas bagi memasarkan produk, mempromosi nama UniSZA, mempamerkan pengiktirafan akademik dan penerbitan sebagai output produk penyelidikan UniSZA.

 

Kehadiran Menteri Pendidikan II, YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh melawat booth UniSZA telah memberi semangat baru kepada kesemua perserta dan beliau disambut oleh Pengarah CRIM Prof. Dr. Mahadzirah Mohamad. Selain itu YBhg. Prof. Dr. Yahaya Ibrahim, selaku Naib Canselor UniSZA , Timbalan Naib Canselor UniSZA (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Mohd Ekhwan Toriman turut hadir melawat booth .

 

Produk “Malaysia Train ciptaan Nor Aida Mahiddin, Azwa Abdul Aziz, Ahmad Nazari Mohd Rose dan  Wan Mohd Hasbullah Wan Abdul Rahman dari Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK), UniSZA telah memenangi  Pingat Emas dan Anugerah Khas Qatar Foundation bagi Kategori Terbuka.

Para penyelidik yang mendapat pingat Gangsa dan perak adalah seperti berikut.

Untuk gambar yang lebih lanjut klik disini PECIPTA'13

Bil

Nama

NamaProduk

Anugerah/Pingat

1

Prof. Madya Dr. Fadhilah Ahmad

Iproject : Integrated DSS For Final Year Project Evaluation

Gangsa

2

Wan Mohd Rizhan Bin Wan Idris

Iqra Tube

Perak

3

Suhailan Safei

Automated Online Programming Contest

Gangsa

4

Nor Aida Mahiddin

Malaysia Train

Emas & Anugerah Khas Qatar Foundation

5

Azwa Abdul Aziz

Edubi

Gangsa

6

Prof. Madya Dr. Abd Jamil Zakaria

 

Sawitmap : Oil Palm Gis Web Management System

Gangsa

7

Dr. Mohd. Hudzari Haji Razali

Alkaloid Rapid Detection

Gangsa

8

Julaily Aida Jusoh

Academic Intelligent System (AIS)

Gangsa

9

Prof. Madya Dr. Abd Jamil Zakaria

The Intelligent of Water Pollution Sensor

Gangsa

10

Hamdy Abdullah

Stor Sentral

Gangsa

Hubungi Kami

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • KEMASKINI TERAKHIR : 17/01/2024 

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX VERSI 3+ DAN MICROSOFT INTERNET EXPLORER VERSI 8+ DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 800 PIKSEL

© 2019 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN. HAKCIPTA TERPELIHARA.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin