Penerima Anugerah Terbaik Fakulti Informatik dan Komputeran bagi tahun 2013

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Senat Universiti telah bersetuju menganugerahkan kepada Khoo Chu Sien sebagai Penerima Anugerah Terbaik Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) bagi tahun 2013 (Pingat Ibnu Sina) sempena Istiadat Konvokasyen Kali Kelima yang diadakan pada 30 November - 1 Disember 2013 yang melayakkan beliau menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1000.00.

Pihak FIK merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah di atas kejayaan beliau.