“Seoul International Invention Fair 2013” (SIIF 2013)

Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) telah menghantar penyertaan di Persidangan Antarabangsa “Seoul International Invention Fair 2013” (SIIF 2013) yang berlangsung di COEX Hall A, Seoul, Korea pada 28 November 2013 hingga 2 Disember 2013. Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) telah bertanggungjawap menguruskan dua penyertaan produk UniSZA ke persidangan tersebut. Pameran ini dianjurkan oleh Korea Invention Promotion Association (KIPA).

SIIF 2013 menyambut ulang tahun ke-9 pada tahun ini, yang dihoskan kira-kira 700 ciptaan baru generasi dari 31 buah negara yang berlainan termasuk Jerman, Rusia dan Taiwan sekaligus menarik pengunjung dari seluruh dunia.

Pameran ini merupakan salah satu daripada 4 pameran ciptaan peringkat antarabangsa selain daripada IENA di Jerman, INPEX di Pittsburg, Amerika Syarikat dan Pameran Antarabangsa Reka Cipta Geneva di Switzerland.

Penyertaan  ke pameran ini amat penting kerana ianya menjadi jalan pintas bagi memasarkan produk, mempromosi nama UniSZA, mempamerkan pengiktirafan akademik dan penerbitan sebagai output produk penyelidikan UniSZA.

Ini merupakan kali pertama UniSZA menghantar penyertaan ke luar Negara.  Penyertaan ini telah membuka mata ramai pihak hasil kejayaan 2 produk yang masing-masing memenangi pingat perak dan gangsa.

Produk Ovarian Tumour Diagnosis System ciptaan Mohd Kamir Yusof dari Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK), telah memenangi Gangsa, dan Dr. Mohd Hudzari Haji Razali dari Fakulti Pertanian, Bioteknologi & Sains Makanan (FPBSM) memenangi pingat Perak di atas  produk ”i-Toxicity Removal System”.

Sekalung  tahniah kepada para penyelidik UniSZA yang telah Berjaya memenangi pingat dalam SIFF 2013.