Cetak

Sarjana Sains & Doktor Falsafah

Objektif

Program Sarjana Sains Komputer yang dicadangkan ini diharap dapat menghasilkan pelajar yang mempunyai pengkhususan yang spesifik di dalam bidang sains komputer. Bidang penyelidikan yang ditumpukan adalah merangkumi semua cabang terkini di dalam pembangunan/inovasi sains dan teknologi komputer. Siswazah dari program ini mampu untuk menyumbang kepada keperluan sumber kepakaran di dalam penyelidikan, inovasi dan pembangunan industri ICT negara.

Struktur Kursus

Sarjana Sains Komputer

  1. Pelajar perlu mengambil satu kursus audit sebagai persediaan menjalankan kerja-kerja penyelidikan, penulisan dan penerbitan. Kursus ini perlu diambil di awal semester pertama pengajian pelajar. Kursus tersebut adalah TPF5XX0 (Kaedah Penyelidikan Untuk Sains Komputer). 
  2. Tesis.

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat sepanjang tahun. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Pusat Pengajian Siswazah, UniSZA

http://www.pps.unisza.edu.my

Bidang Penyelidikan

Bidang penyelidikan adalah seperti berikut :

 

1. Computer Science     2. Information Technology
    3. Information System   4. Software Engineering
  • Database
  • Parallel Computing
  • Distributed Computing
  • Computer Networking
  • Computer Security
  • Web Services
  • Data Mining
  • Cryptography
  • Image Processing
   
  • Multimedia Systems
  • e-Learning
  • Strategic Planning
  • Social Computing
  • Technopreneurship
  • Animation
  • Educational Technology
  • e-Business
  • e-Government
   
  • Knowledge Management
  • Decision Support System
  • Multimedia Information Retrieval
  • Artificial Intelligent
  • Business Information System
   
  • Requirement Engineering
  • Software Modelling
  • Software Testing
  • Software Certification
  • Software Quality
  • Configuration Management
  • Software Management

 

Syarat kemasukan

  • Ijazah Sarjana

    Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.75 dan ke atas atau yang setaraf.


    ATAU

    Calon-calon yang mendapat PNGK sekurang-kurangnya 2.50 dan 3 tahun pengalaman kerja dan kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat UniSZA.


  • Doktor Falsafah

    Calon mestilah mempunyai Ijazah Sarjana atau Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama.

Keperluan Bahasa (Calon Antarabangsa) :

  • Calon-calon yang bahasa pertamanya bukan Bahasa Melayu perlu menghadiri kursus Bahasa Melayu yang ditawarkan oleh UniSZA selama tempoh pengajian.
  • Calon-calon mesti lulus TOEFL dengan skor minimum 550 atau IELTS dengan skor minimum 6 (kecuali Fakulti Pengajian Kontemporari Islam).