10 Produk Ciptaan Pensyarah dan Pelajar UniSZA menang MTE 2014

10 Produk Ciptaan Pensyarah dan Pelajar UniSZA menang MTE 2014

Sebanyak 10 produk hasil ciptaan pensyarah dan pelajar dari Fakulti Seni
Reka & Teknologi Kejuruteraan (FSTK) dan Fakulti Informatik & Komputeran
(FIK)  Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang dipertandingkan di
Malaysia International Technology Expo 2014 (MTE) telah menang dalam
pelbagai kategori dan pingat.

Bagi kategori Asia Youth Innovation Award, produk hasil ciptaan Vivian Lam
Shi Wei iaitu Ju Stool telah memenangi pingat emas, manakala produk
ciptaan Siti Nor Safritah Sayuti iaitu Gobox, Syazwani Kasmir (Kibo Rack)
dan Rabiatul Adawiyah Abu Yazid (Pelex Chair) pula berjaya memenangi
pingat gangsa.

Sementara itu, produk Mynest ciptaan pensyarah FIK, Azwa Abdul Aziz
berjaya memenangi pingat perak bagi kategori Invention and Innovation
Award. Produk Stor Sentral ciptaan Hamdy Abdullah, I-warner hasil cipta
Ahmad Nazari Mohd Rose dan Intelligent Fb Nc Controller oleh Saiful Bahri
Mohamed pula telah memenangi pingat gangsa dalam kategori yang sama.

Untuk kategori Malaysia International Design Award, produk hasil ciptaan
Amirul Fahmi Razali, iaitu My Taxi, berjaya meraih pingat perak, manakala
Doodle Stool ciptaan Shahrul Anuwar Mohamed Yusof telah menang pingat
gangsa.

Pameran anjuran Malaysian Association of Research Scientists (MARS) dan
PROTEMP Exhibition Sdn. Bhd. itu telah berlangsung selama tiga hari
bermula 20 hingga 20 Februari, bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra
(PWTC) dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi,
Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad.


Hubungi Kami

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • KEMASKINI TERAKHIR : 17/01/2024 

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX VERSI 3+ DAN MICROSOFT INTERNET EXPLORER VERSI 8+ DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 800 PIKSEL

© 2019 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN. HAKCIPTA TERPELIHARA.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin