Pelajar Multimedia FIK Johan Pertandingan Multimedia Kreatif di UKM.

Sekalung tahniah kepada pelajar Program Diploma Teknologi Multimedia, Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK), UniSZA yang telah berjaya menjadi Johan  kategori Animasi 2D dalam Pertandingan Multimedia Kreatif UKM 2014 anjuran Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 7-9 Mac 2014 yang diramikan oleh Timbalan Menteri Kewangan,  YB Dato Haji Ahmad Bin Haji Maslan.

FIK menghantar tiga orang wakil bagi kategori Animasi 2D iaitu, Siti Azzah Abdul Aziz ,Nurul Hidayah Nik Mustafa dan Raudhatun Nadiah Mohd Razemin. Ketiga-tiga mereka merupakan pelajar semester enam Program Diploma Teknologi Multimedia dan seorang pensyarah pengiring En. Mohd Sufian Mat Deris.

Menurut Siti Azzah Abdul Aziz "Kami tidak menyangka kami akan menang kerana terdapat 11 universiti yang bertanding dalam pertandingan ini. Antaranya UKM, Uniten dan Uitm. Namun berkat kerjasama dari ahli kumpulan dan sokongan serta idea dari pensyarah pengiring, Alhamdulillah kami dapat memenangi kategori animasi 2D ini”.

Pada tahun lepas, pasukan kita juga telah memenangi kategori yang sama juga.  FIK mengucapkan sekalung Tahniah kepada pasukan yang bertanding kerana dapat mengekalkan kejuaraan ini untuk kali yang ke-2 walaupun ianya agak sengit. Antara faktor penting dalam kemenangan ini adalah perancangan yang rapi, kerjasama yang erat antara ahli dan mempunyai motivasi yang tinggi. Tahniah!

Untuk gambar yang lebih lanjut klik disini.

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 17/01/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin