The 42nd International Exhibition of Inventions of Geneva 2 – 6 April 2014

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) dan Malaysian Association of Research Scientists (MARS), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menguruskan penyertaan ke 42nd International Exhibition of Inventions of Geneva di Dewan Palexpo 7, Geneva, Switzerland pada 2-6 April 2014.

Sebanyak lima (5) produk UniSZA telah dipertandingkan dalam tiga kategori iaitu Computer sciences-software-Electronics-Electricity-Methods of communication, Furnishing-Interior architecture, Teaching methods and materials-Musical instruments-Art materials. Penyertaan UniSZA telah diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi). Kontinjen UniSZA terdiri daripada Dr. Khamsah Suryati Mohd (Timbalan Pengarah CRIM (Inovasi)-Urusetia), Prof Dr. Lua Pei Lin (FPSK), Dr. Engku Fadzli Hasan Syed Abdullah (FIK), Normala Rahim (FIK), Azwa Abdul Aziz (FIK) dan Muhammad Muzzammel Mukhtar (FSTK).

Produk-produk yang dipertandingkan ialah:

  1. Interactive Animated Epilepsy Education Programme (IAEEP) for Children (Prof Dr. Lua Pei Lin)
  2. Vitual Umrah (Puan Normala Rahim)
  3. ExGenoba (En. Azwa Abdul Aziz)
  4. Zulhause (Muhammad Muzzammel Mukhtar)
  5. i-Warner (Dr. Engku Fadzli Hasan Syed Abdullah)

                                                                 

UniSZA telah berjaya memenangi pingat untuk semua penyertaan termasuk dua (2) anugerah khas.

  1. i.             Pingat emas (2): dimenangi produk Interactive Animated Epilepsy Education Programme (IAEEP) for Children dan i-Warner
  2. ii.           Pingat perak (2): dimenangi produk Zulhause dan Virtual Umrah.
  3. iii.          Pingat gangsa (1): pula dimenangi produk ExGenoba.
  4. iv.          Anugerah Khas (2): Produk Virtual Umrah (Certificate of Innovation Recognition for Outstanding Achievement daripadaThe General Presidency for the Holy Mosque and Prophet Holy Mosque Affairs, Kingdom of Saudi Arabia). Manakala produk ExGenoba (Korea Invention Promotion Association (KIPA)).

Pameran yang berlangsung selama lima (5) hari ini telah dirasmikan oleh Jean-Luc VINCENT, Presiden Jawatankuasa Penganjur Geneva Inventions. Pameran ini adalah anjuran bersama World Intellectual Property Organisation (WIPO), Swiss Confederation dan Bandaraya Geneva. Lebih daripada 1000 ciptaan dipertandingkan pada tahun ini, yang menyaksikan penyertaan dari syarikat, institusi, universiti dan individu dari lebih 45 buah negara. Pameran ini telah dikunjungi seramai 60,000 pelawat sepanjang lima hari pameran berlangsung. Pertandingan ciptaan telah diadili oleh panel juri yang terdiri daripada 85 orang pakar dalam bidang berkaitan. Penglibatan dalam pameran ini amat penting kerana ia menjadi pemangkin bagi memasarkan produk, mempromosi UniSZA, mempamerkan pengiktirafan akademik dan penerbitan sebagai output produk penyelidikan UniSZA.

Selain daripada perkongsian idea dan kepakaran, pameran ini juga membuka peluang jalinan kerjasama dan rakan usaha di antara para peserta dan pengunjung yang terdiri daripada pelbagai syarikat dan organisasi bertaraf antarabangsa. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UniSZA telah mengambil peluang mengadakan perbincangan dengan beberapa delegasi dari beberapa buah negara; termasuklah Timbalan Menteri Pendidikan Thailand, Profesor Pavich Tongroach, Presiden Majlis Penyelidikan Negara Thailand, Professor Dr. Soottiporn Chittmittrapap, Presiden General Presidency for the Affair of the Holy Mosque and the Prophet’s Mosque, Dr. Abdul Rahman al-Sudais dan Timbalan Menteri Pendidikan India.

Pelbagai pihak telah menyatakan sokongan dan minat untuk menjalinkan hubungan jangka panjang dalam bidang pendidikan dan penyelidikan bersama UniSZA termasuk beberapa syarikat berpangkalan di Geneva. Produk Virtual Umrah contohnya telah menarik minat beberapa syarikat agensi perlancongan yang ingin memasarkan produk tersebut di pasaran Eropah. Manakala ciptaan perabut Zuhause yang dihasilkan oleh pelajar UniSZA telah menarik minat beberapa syarikat dan individu untuk mendapatkan produk tersebut.

 

Ucapan penghargaan CRIM kepada para peserta dan semua yang terlibat menjayakan pameran berkenaan.

Senarai pingat yang dimenangi adalah seperti berikut:

Bil

Nama Penyelidik

Fakulti

Projek

Pingat

1

Prof. Lua Pei Lin

FPSK

Interactive Animated Epilepsy Education Programme (IAEEP) for Children

Emas

2

Dr. Engku Fadzli Hasan Syed Abdullah

FIK

i - Warner

Emas

3

Normala Rahim

FIK

Virtual Umrah

Perak

4

Muhammad Muzzammel Mukhtar

FSTK

Zuhause

Perak

5

Azwa Bin Abdul Aziz

FIK

ExGenoba System

Gangsa

 

Senarai anugerah khas yang diperolehi:

Bil

Nama Penyelidik

Fakulti

Projek

Anugerah

1

Normala Rahim

FIK

Virtual Umrah

Certificate of Innovation Recognition for Outstanding Achievement (The General Presidency for the Holy Mosque and Prophet Holy Mosque Affairs, Kingdom of Saudi Arabia)

2

Azwa Bin Abdul Aziz

FIK

ExGenoba System

Korea Invention Promotion Association (KIPA)

Hubungi Kami

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • KEMASKINI TERAKHIR : 17/01/2024 

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX VERSI 3+ DAN MICROSOFT INTERNET EXPLORER VERSI 8+ DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 800 PIKSEL

© 2019 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN. HAKCIPTA TERPELIHARA.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin