BENGKEL PEMURNIAN DOKUMEN MQA BAGI PROGRAM SARJANA TEKNOLOGI MAKLUMAT (INFORMATIK PENGURUSAN) FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN

Pihak Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Agency, MQA) merupakan agensi yang bertanggungjawab membuat penilaian dokumen berdasarkan prosedur yang perlu dipatuhi oleh semua institusi pengajian tinggi awam dalam proses permohonan penawaran program baharu.

Sehubungan dengan itu, pihak Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) juga telah membuat penambahbaikan dalam Bengkel Pemurnian Dokumen MQA bagi Program Sarjana Teknologi Maklumat (Informatik Pengurusan) pada 6 Ogos 2014 di Bilik Mesyuarat I, Bangunan Pentadbiran, UniSZA kampus Gong Badak. Pemurnian ini dibuat berdasarkan laporan penilaian yang telah dikemukakan oleh pihak MQA.

Seramai 14 orang pensyarah FIK yang menyertai bengkel tersebut yang terdiri daripada ahli jawatankuasa penggubalan kurikulum program serta beberapa orang pensyarah kanan.

Di akhir bengkel, dokumen lengkap telah dapat dihasilkan untuk dimajukan kepada pihak MQA dalam tempoh yang ditetapkan.

mqa