KOLOKIUM AKADEMIK

Saranan pengurusan UniSZA dalam meningkatkan hasil penerbitan dan penyelidikan dalamkalangan staf akademik di fakulti bakal diterjemahkan apabila ramai staf akademik yang menunjukkan minat dalampenyelidikan dan menghasilkan penerbitan yang berkualiti dan diiktiraf.

Lantaran itu,  sesi kolokium akademik Fakulti Informatik  dan Komputeran (FIK) telah diadakan pada 12 Ogos 2014 dan 19 Ogos 2014 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, FIK, kampus Tembila. Ia melibatkan ahli jawatankuasa penyelidikan fakulti serta semua staf akademik FIK.

Kolokium ini dilaksanakan sebagai satu proses percambahan ilmu serta membudayakan penyelidikan di kalangan staf akademik fakulti. Ilmu yang dikongsi dijadikan motivasi kepada staf akademik yang lain untuk terus bergiat aktif dalam penyelidikan dan penerbitan.

Pelaksanaan kolokium ini diharap mampu meningkatkan KPI penyelidikan fakulti dan UniSZA amnya.

 

 noimage