MAJLIS MINGGU MESRA SISWA SEMESTER I SESI 2014/2015 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN (IJAZAH SARJANA MUDA)

Minggu Mesra Siswa Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) telah diadakan pada  5 September 2014 di Dewan Gimnasium, UniSZA kampus Gong Badak  yang bertujuan menyambut kedatangan seramai 108 mahasiswa baharu program ijazah sarjana muda bagi sesi pengajian 2014/2015  yang mendaftar sebagai ahli baru dalam keluarga FIK.

Objektif program ini ialah untuk memberikan pendedahan kepada mahasiswa baru berkenaan  struktur organisasi fakulti, pengenalan kepada kursus dalam bidang masing-masing serta peraturan akademik universiti dan fakulti. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk merapatkan ukhuwah para mahasiswa dengan pensyarah dan kakitangan  FIK. 

Antara aktiviti menarik yang telah dijalankan ialah sesi perkenalan pihak pengurusan fakulti dan juga pensyarah FIK kepada para mahasiswa. Secara keseluruhannya  program ini berjalan dengan lancar dan disambut baik oleh mahasiswa baru dan diharapkan majlis sebegini dapat mendidik  mereka  agar lebih berdisiplin dan bermotivasi menempuh alam pengajian tinggi.

 

mesrasisiwa

Hubungi Kami

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • KEMASKINI TERAKHIR : 17/01/2024 

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX VERSI 3+ DAN MICROSOFT INTERNET EXPLORER VERSI 8+ DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 800 PIKSEL

© 2019 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN. HAKCIPTA TERPELIHARA.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin