KONFEREN ICIA DAN INFOSEC 2014

A “International Conference on Informatics &

Applications (ICIA 2014)”

dan

“International Conference on Information Security &Cyber Forensics (INFOSEC 2014)”

 

 

International Conference on Informatics & Applications (ICIA 2014)dan  International Conference on Information Security &Cyber Forensic (INFOSEC 2014) telah diadakan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu pada 8-10 Oktober 2014. ICIA 2014 dan INFOSEC 2014 dianjurkan oleh Fakulti Informatik dan Komputeran, UniSZA  dengan kerjasama The Society of Digital Information Wireless Communications, Hong Kong. Bertemakan “Secured Digital Society and Applications”, persidangan ini telah dirasmikan oleh Profesor Dr. Mohd Kamaruddin bin Mohd Said selaku Penolong Naib Canselor UniSZA.

 

Persidangan ini adalah bertujuan menyediakan platfom untuk membolehkan perbincangan, pertukaran idea dan hasil penyelidikan, perkongsian pengetahuan, dan penerokaan idea baru serta menjana kreativiti dan inovasi dalam bidang  teknologi  maklumat dan komunikasi, ICT dan aplikasinya di dalam pelbagai domain kehidupan. Persidangan ini juga membuka penglibatan kepada pakar-pakar ICT, ahli akademik, para penyelidik dan pembuat dasar untuk berbincang, membentang dan berkongsi pengalaman bagi menjana perkembangan dan penggunaan teknologi ICT di dalam kerajaan, organisasi, industri dan masyarakat.

ICIA 2014 dan INFOSEC 2014 akan memberi penekanan kepada isu yang merangkumi bidang multimedia and animation, information systems, parallel processing, wireless computing, quantum computing, networking, information retreival, dan pelbagai bidang informatik yang lain.

Persidangan ini telah mendapat sambutan dan penyertaan oleh pembentang dari dalam mahupun luar negara yang terdiri dari kalangan ahli akademik, penyelidik, industri dan juga pelajar. Antara pembentang luar negara yang menyertai dari United Kingdom, Jepun, Brazil, Columbia, Iran, United Arab Emirates, Korea dan Libya. Persidangan ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan pelajar UniSZA terutamanya pelajar siswazah (Master dan Doktor Falsafah) yang hadir sebagai peserta.

Empat “Best Paper Award” akan diberikan kepada pembentang terbaik; dua anugerah untuk ICIA dan dua untuk INFOSEC. Setiap kertas kerja yang dibentangkan di persidangan ini akan di terbitkan dalam salah sebuah jurnal terindek berikut selepas penambahbaikan dilakukan oleh pembentang:

  • International Journal of New Computer Architectures and their Applications (IJNCAA)
  • International Journal of Digital Information and Wireless Communications (IJDIWC)
  • International Journal of Cyber-Security and Digital Forensics (IJCSDF)
  • International Journal of E-Entrepreneurship and Innovation (IJEEI)
  • International Journal of E-Services and Mobile Applications (IJESMA)

 

Secara keseluruhannya,  persidangan ini  diharapkan akan memberi manafaat bukan hanya kepada pensyarah dan pelajar UniSZA, tetapi juga  kepada institusi dan negara lain yang terlibat dengan perkongsian dan percambahan ilmu yang diadakan. Selain itu, perkongsian ilmu di bidang ini dapat  dikembangkan lagi di dalam bidang penyelidikan dan inovasi demi untuk memenuhi tuntutan umat sejagat.

 

NO PHOTO

Hubungi Kami

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • KEMASKINI TERAKHIR : 17/01/2024 

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX VERSI 3+ DAN MICROSOFT INTERNET EXPLORER VERSI 8+ DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 800 PIKSEL

© 2019 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN. HAKCIPTA TERPELIHARA.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin