Bagi meningkatkan kualiti penulisan dan penerbitan serta memberi galakan kepada pensyarah untuk menulis dan menerbitkan artikel yang bermutu tinggi, maka dengan itu Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) telah mengadakan Bengkel Pemurnian Artikel Jurnal pada 16-18 Oktober 2014 bertempat di New Pacific Hotel, Kota Bharu.
Dua orang penceramah luar yang iaitu Prof. Dr. Ahmad Fauzi Ismail (UTM) dan Prof. Madya Dr. Masri Ayob (UKM) telah dijemput bagi berkongsi pengalaman beliau dalam bengkel ini. Penceramah dalaman iaitu Prof. Dr. Mustafa Mamat yang merupakan pensyarah di FIK dan Dekan Pusat Pengajian Siswazah, UniSZA juga turut membantu dalam mengendalikan bengkel ini dengan jayanya. Mereka memberi pendedahan dan panduan yang sangat berguna kepada peserta dalam penulisan dan penerbitan jurnal yang berkualiti.
Penyertaan peserta yang terdiri daripada kakitangan akademik amatlah menggalakkan dan reaksi yang diberikan oleh peserta juga amat positif. Malahan, FIK telah berjaya menghasilkan sebanyak 43 artikel jurnal yang akan diterbitkan.