LAWATAN DARI UTEM

LAWATAN KERJA AKADEMIK/PENTADBIRAN FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA (UTeM)

Pada 15 Disember 2014 (Isnin) Pihak UTeM daripada Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah mengadakan lawatan kerja akademik/pentadbiran ke Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) Kampus Tembila. Kehadiran pihak Fakulti Teknologi Maklumat dan KomunikasiĀ  UTeM ini diketuai oleh Timbalan Dekan Akademik Fakulti bersama 24 orang staf pentadbiran dan staf teknikal.
Tujuan pihak UTeM mengadakan lawatan kerja ini adalah untuk perkongsian dan penambahbaikan dalam pengurusan sistem fail dan rekod pelajar/staf/asset, penambahbaikan sistem SMP/SMPS/OBE, pengendalian pelajarĀ  prasiswazah dan pascasiswazah, program mobiliti pelajar dan staf, lawatan ke makmal-makmal serta ingin mengintai peluang-peluangĀ  untuk berkolaborasi sama ada dalam perihal penyelidikan ataupun pentadbiran.
Semasa sesi lawatan ini pihak UTeM telah dibawa melawat ke makmal-makmal dan pejabat pentadbiran FIK sebelum menamatkan sesi lawatan sekitan jam 2 petang. Semoga dengan sesi lawatan ini member maklumat tambahan mengenai pengurusan akademik dan pentadbiran sama ada kepada pihak Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (UTeM) atau Fakulti Informatik dan Komputeran (UniSZA).

1 2 3

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin