Cetak

MISI BANTUAN BANJIR UniSZA

UniSZA terpanggil untuk menyahut tanggungjawab sosial bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Kelantan dengan pelancaran MISI BANTUAN BANJIR UniSZA oleh Y.Bhg. Datuk Naib Canselor melalui mesyuarat khas yang diadakan pada 27/12/2014 (Sabtu) jam 10.00 malam di Bilik Mesyuarat Jabatan Keselamatan, UniSZA Kampus Gong Badak.

Antara perkara yang diputuskan dalam mesyuarat tersebut seperti berikut:

a. Misi bantuan banjir ini terdiri daripada 3 kumpulan utama iaitu PARAMEDIC, ERT, dan SUKARELAWAN serta dibantu oleh anggota KOR SUKSIS

b. Bermula 28/12/2014 sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian

c. Buat masa ini hanya staf sahaja yang akan terlibat sebagai anggota misi dengan kekuatan seramai 40-50 orang bagi setiap misi diadakan

d. Misi dibekalkan dengan peralatan membantu/meringankan beban mangsa banjir seperti makanan, ubatan dan pengangkutan termasuk lori dan bot

e. Buat masa ini wakil UniSZA sedang berbincang dengan wakil PGA/Polis Kelantan bagi tujuan penempatan dan operasi misi bantuan banjir

f. Organisasi Misi Bantuan Banjir UniSZA seperti berikut:

 

Pengerusi: Y.Bhg. Professor Datuk Dr. Yahaya bin Ibrahim, Naib Canselor UniSZA,

Pengarah Operasi: Y.Brs. Nordin bin Jusoh,

Pendaftar Ketua Paramedik: Y.Brs. Dr. Azizul Fadzli bin Wan Jusoh@Ab Rahim dan Y.Brs. Dr. Nik Ahmad Shaiffudin bin Nik Him

Ketua ERT : Encik Ismail bin Ahmad, Pengarah, Jabatan Keselamatan

Ketua Sukarelawan: Encik Shahzool Hazimin bin Azizam (Pengarah, Pusat Pembangunan Holistik)

Ketua Logistik: Encik Riduan bin Mohamed Arof (Pengarah, Pusat Sukan dan Rekreasi)

Ketua Kor Suksis: ASP Shuhaimi bin Jusoh

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Encik Mohd Saifullah bin Muhamad ditalian 09-6687753.