MISI AMAL KE-2 KeFIT

InshaAllah pada hari Sabtu ini (10/1/2015 bersamaan 19 Rabiulawal 1436) Kelab Familti IT akan menjalankan misi amal ke 2 bantuan banjir di Kg Manjor, Kuala Krai. Misi amal ini akan membawa pek kembali ke sekolah yang mengandungi beg dan pakaian sekolah beserta sedikit wang saku hasil dari kutipan derma yang dilancarkan baru-baru ini. Di samping itu juga, pakaian-pakaian baru seperti pakaian bayi dan kanak kanak serta telekung-telekung solat hasil dari sumbangan ramai juga akan di bawa. Terima kasih kepada semua yang menyumbang. Diharap dengan sedikit bantuan yang dihulurkan ini dapat meringankan beban dan menceriakan mangsa-mangsa banjir terutamanya anak-anak kecil. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita serta menerima segalanya sebagai amal soleh di sisiNya, inshaAllah.


 

gambar1 gambar2 gambar3 gambar4 gambar6   
  gambar7   gambar5

Hubungi Kami

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • KEMASKINI TERAKHIR : 08/04/2024 

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX VERSI 3+ DAN MICROSOFT INTERNET EXPLORER VERSI 8+ DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 800 PIKSEL

© 2019 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN. HAKCIPTA TERPELIHARA.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin