Cetak

BENGKEL MEMPERKASAKAN POTENSI PELAJAR SISWAZAH MOD EKSEKUTIF FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN

Fakulti informatik dan komputeran (FIK) akan menganjurkan Bengkel  Bagi Memperkasakan Potensi Pelajar Siswazah Mod Eksekutif. Bengkel ini akan diadakan pada 17 Januari 2015 (Sabtu), bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Dewan Senat, UniSZA Kampus Gong Badak.
Pihak FIK juga telah menjemput salah seorang ahli akademik daripada Universiti Kebangsaan malaysia (UKM) yang mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan iaitu Prof. Dr. Mohamed Amin Embi.
Antara sasaran utama peserta bengkel ini adalah semua pensyarah/penyelia FIK dan calon PhD dari program mod eksekutif.  Objektif bengkel ini adalah untuk membincangkan isu-isu e-pembelajaran, memberi pencerahan mengenai hala tuju  e-pembelajaran dalam konteks pascasiswazah dan memberi tunjuk ajar dan panduan kepada pelajar mod eksekutif mengenai penyelidikan  dalam e-pembelajaran.
Diharap pelaksanaan bengkel ini akan dapat meningkatkan lagi kualiti penyelidikan yang berteraskan informatik dan pendidikan untuk para staf akademik FIK umumnya dan untuk calon PhD mod eksekutif amnya.