BENGKEL MEMPERKASAKAN POTENSI PELAJAR

BENGKEL MEMPERKASAKAN  POTENSI PELAJAR  SISWAZAH MOD EKSEKUTIF FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN

Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) telah menganjurkan Bengkel  Bagi Memperkasakan Potensi Pelajar Siswazah Mod Eksekutif. Bengkel ini telah diadakan pada 17 Januari 2015 (Sabtu), bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Dewan Senat, UniSZA Kampus Gong Badak.
Pihak FIK juga telah menjemput salah seorang ahli akademik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan iaitu Prof. Dr. Mohamed Amin Embi.
Antara sasaran utama peserta bengkel ini adalah semua pensyarah/penyelia FIK dan calon PhD dari program mod eksekutif.  Objektif bengkel ini adalah untuk membincangkan isu-isu e-pembelajaran, memberi pencerahan mengenai hala tuju  e-pembelajaran dalam konteks pascasiswazah dan memberi tunjuk ajar dan panduan kepada pelajar mod eksekutif mengenai penyelidikan  dalam e-pembelajaran.
Melalui bengkel ini juga telah memberi ruang dan peluang kepada para pelajar Siswazah Mod Eksekutif untuk berkongsi idea dan permasalahan serta mendapat tunjuk ajar dalam proses penyelidikan kajian masing-masing.
Diharap pelaksanaan bengkel ini dapat meningkatkan lagi kualiti penyelidikan yang berteraskan informatik dan pendidikan untuk para staf akademik FIK umumnya dan untuk calon PhD mod eksekutif amnya.



1 2
3 4

5 6

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin