SESI PERBINCANGAN HALA TUJU PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

SESI PERBINCANGAN HALA TUJU PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN

Bagi melestarikan lagi perancangan dan pencapaian dalam penyelidikan dan pembangunan di Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK), pihak pengurusan fakulti telah mengambil satu inisiatif dengan mengadakan sesi perbincangan halatuju penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan lagi kualiti R&D FIK.
Sesi perbincangan ini telah diadakan pada 21 Januari 2015 ( Rabu) bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 5.00 petang di Bilik Mesyuarat Pusat Pengajian Siswazah (PPS), UniSZA Kampus Gong Badak.
Bagi merealisasikan matlamat itu, seorang pensyarah MIIT Kampus Kota, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) iaitu Prof. Dr. Roslan Ismail telah dijemput bagi mengendalikan sesi perbincangan tersebut yang juga dihadiri oleh ahli pengurusan fakulti dan beberapa orang Pensyarah Kanan.
Melalui sesi ini juga pelbagai perkongsian idea mengenai penyelidikan dan pembangunan (R&D) dapat dilakukan selain mendapat garis panduan yang lebih jelas mengenai kaedah yang betul dan efektif dalam usaha memberi penambahbaikan dalam sistem sedia ada yang diaplikasikan di FIK.
Diharapkan, sesi perbincangan ini akan dapat memberi input berguna kepada kedua-dua pihak di samping mencapai tonggak perkhidmatan fakulti amnya.

SESI BINCANG2

Hubungi Kami

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • KEMASKINI TERAKHIR : 08/04/2024 

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX VERSI 3+ DAN MICROSOFT INTERNET EXPLORER VERSI 8+ DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 800 PIKSEL

© 2019 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN. HAKCIPTA TERPELIHARA.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin