BENGKEL CISCO

Dalam usaha mempertingkat kemahiran serta memberi pendedahan baharu kepada para staf akademik dan teknikal, Fakulti Informatik dan Komputeran telah menganjurkan satu bengkel Cicso pada 16 – 18 Februari 2015 bertempat di makmal Cisco Certified Network Associate (CCNA), FIK Kampus Tembila. Bengkel berkenaan bermula jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang melibatkan 15 orang peserta.
Bengkel yang dilaksanakan selama 3 hari ini telah disampaikan oleh En. Rizal yang merupakan seorang jurutera kanan di salah sebuah syarikat yang terkemuka.
Di dalam bengkel ini juga, para peserta didedahkan dengan pengetahuan-pengetahuan baharu mengenai sistem cisco selain memberi input berguna mengenai konfigurasi rangkaian cisco dan switch router system.
Semoga penganjuran bengkel ini akan dapat memberi input yang berguna kepada para peserta selain mendapat pendedahan mengenai pengurusan sistem cicso.

CISCO1