BENGKEL PELAN TINDAKAN PERANCANGAN STRATEGIK

Pelan tindakan perancangan strategik adalah mekanisma bagi membentuk dan mengemudi fakulti melalui proses formulasi strategi dan mengimplementasikannya ke arah mencapai visi, misi dan objektif Universiti dan Fakulti. Ianya akan menjadi kerangka kerja bagi sesebuah fakulti bagi melaksanakan mandat yang diberikan oleh Universiti dan Kementerian Pendidikan Malaysia. 
Dalam usaha mencapai matlamat ini, FIK telah menganjurkan satu bengkel bertempat di Tabung Haji Hotel, Kuala Terengganu pada 11 Mac 2015 bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.30 petang. Pelaksanaan bengkel ini telah membabitkan semua ahli pengurusan fakulti beserta beberapa orang pensyarah yang terpilih iaitu seramai 26 orang.
Kaedah pelaksanaan bengkel ini menggunakan pendekatan SWOT ( Strenght, Weakness, Opportunity, and Treat) dan ianya berdasarkan 10 bidang tujahan yang telah digariskan. Ia sudah pasti akan menjadikan peserta lebih berfokus dalam membina dan mengawal prestasi strategi agar matlamat utama bengkel ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Semoga pelaksaan bengkel ini dapat merealisasikan visi dan misi fakulti dan universiti ke arah mencapai objektif yang telah digariskan demi pembangunan modal insan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

IMG 0445 IMG 0446 IMG 0447

Hubungi Kami

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • KEMASKINI TERAKHIR : 08/04/2024 

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX VERSI 3+ DAN MICROSOFT INTERNET EXPLORER VERSI 8+ DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 800 PIKSEL

© 2019 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN. HAKCIPTA TERPELIHARA.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin