LAWATAN NAIB CANSELOR KE UNISZA KAMPUS TEMBILA

Naib Canselor UniSZA, Profesor Datuk Dr. Yahaya Ibrahim telah mengadakan lawatan ke UniSZA Kampus Tembila pada 2 April 2015. Lawatan pihak Y. Bhg. Prof. Datuk Naib Canselor juga turut disertai oleh ahli pengurusan tertinggi Universiti yang lain iaitu Timbalan Naib Caselor (Akademik & Antarabangsa), Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Pendaftar, Bendahari, Pengarah Jabatan Pengurusan Pembangunan, Pengarah Pusat Teknologi Maklumat, dekan – dekan fakulti dan pengarah-pengarah Pusat Tanggungjawab di Kampus Tembila.
Sempena lawatan Naib Canselor dan ahli pengurusan Universiti, satu perjumpaan dengan semua kakitangan UniSZA Kampus Tembila telah diadakan di Dewan Auditorium, Blok D. Majlis dimulakan dengan taklimat oleh Pengarah Kampus Tembila dan diikuti dengan ucapan oleh Y. Bhg. Prof. Datuk Naib Canselor. Kemudian, majlis diteruskan dengan satu sesi dialog dengan semua kakitangan kampus Tembila bagi membangkitkan isu-isu dan permasalahan yang dihadapi oleh mereka di kampus ini.
Melalui sesi dialog ini juga telah memberi satu peluang kepada semua kakitangan untuk memberi pendapat dan cadangan untuk penambahbaikan perkhidmatan di kampus Tembila.

vc melawat 2015

Hubungi Kami

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • KEMASKINI TERAKHIR : 17/01/2024 

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX VERSI 3+ DAN MICROSOFT INTERNET EXPLORER VERSI 8+ DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 800 PIKSEL

© 2019 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN. HAKCIPTA TERPELIHARA.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin