PEMBENTANGAN KEMAJUAN PENGAJIAN PELAJAR SISWAZAH

Penganjuran pembentangan kemajuan pengajian oleh pelajar siswazah telah diadakan pada 2 April 2015. Bengkel ini telah dimulakan pada jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang bertempat di Blok D, Fakulti Informatik dan Komputeran, Kampus Tembila.
Program seumpama ini merupakan salah satu platform yang penting bagi membantu para pelajar dalam proses menyiapkan tesis masing-masing. Ini berikutan berlakunya interaksi dua hala di antara pelajar dan penyelia semasa sesi pembentangan berlangsung di samping membangkitkan isu-isu mengenai penyelidikan yang dibincangkan secara lebih terperinci.
Penganjuran program ini juga secara langsung turut memberi peluang kepada para pelajar untuk berinteraksi dengan penyelia masing-masing bagi membaiki isi kandungan tesis yang disediakan agar dapat mencapai objektif dengan jayanya.
Semoga dengan pelaksanaan program ini dapat memberi input yang sangat berguna untuk pelajar siswazah dan penyelia masing-masing.

NoPhoto

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin