ROBOCAMP: FROM ZERO TO HERO

Persatuan Mahsiswa Fakuti Informatik & Komputeran telah menganjurkan bengkel Robocamp : From Zero to Hero anjuran bersama Kelab RoboPro di bawah seliaan penasihat kelab iaitu Dr. Engku Fadzli Hasan Syed Abdullah, Dr. Mokhairi Makhtar dan En. Azrul Amri Jamal dengan kerjasama Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Unisza. 
Bengkel ini diadakan atas tujuan untuk memberi pendedahan dan peluang kepada mahasiswa untuk meneroka bidang elektronik dan robotik yang menggunakan pengaturcaraan terbenam (embedded programming). 
Penyertaan bengkel ini terbuka kepada semua pelajar Fakulti Informatik & Komputeran dan seramai 60 orang peserta telah menyertai bengkel ini. Para peserta telah dibahagikan kepada 3 kumpulan yang berlainan sesi. Sesi I diadakan pada 20-21 Mac 2015, manakala Sesi II diadakan pada 27-28 Mac 2015 dan Sesi III diadakan pada 3-4 April 2015. 
Melalui bengkel ini juga para peserta turut diberi peluang untuk menonjolkan bakat, idea dan kreativiti masing-masing dalam sesi inovasi mini projek menggunakan set Arduino. Sepanjang program ini dijalankan, para peserta sememangnya diberi pendedahan awal untuk melahirkan idea-idea kreatif dan berinovatif demi melahirkan mahasiswa yang mempunyai berfikiran kritis dan berinovasi serta memiliki kemahiran yang pelbagai. 
Semoga pelaksanaan bengkel ini bukan sahaja akan dapat memberi impak positif kepada peserta bukan sahaja dari segi kreativiti malah akan dapat mengeratkan silaturahim antara penasihat kelab dan para peserta bengkel.

photo 2015-04-11 21-25-06

DSC 0292DSC 003311136723 872004089507753 3843524640646648364 n11067455 872003449507817 4980849213089428102 n10172686 872003446174484 714483703702542928 n

 

Hubungi Kami

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • KEMASKINI TERAKHIR : 08/04/2024 

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX VERSI 3+ DAN MICROSOFT INTERNET EXPLORER VERSI 8+ DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 800 PIKSEL

© 2019 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN. HAKCIPTA TERPELIHARA.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin