MAJLIS ANUGERAH DEKAN (MAD) FIK

Anugerah dekan merupakan impian semua pelajar di Universiti. Anugerah ini juga merupakan satu suntikan semangat kepada para pelajar berkenaan untuk terus berusaha menjadi pelajar terbaik setiap semester. Selain itu juga, ia secara tidak langsung akan menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk turut sama berusaha lebih gigih dalam pelajaran agar mencapai keputusan yang lebih cemerlang.
Bagi meraikan pelajar-pelajar cemerlang bagi semester I sesi 2014/2015, satu majlis Anugerah Dekan telah diadakan di Foyer Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) pada 9 April 2015 iaitu pada hari khamis yang lalu. Majlis ini telah dihadiri oleh semua warga FIK yang terdiri daripada mahasiswa, mahasiswi, ahli pengurusan fakulti, para pensyarah dan staf pentadbiran.
Antara kategori anugerah yang disampaikan ialah Anugerah Pelajar Terbaik Fakulti daripada program Sarjana Muda Sains Komputer Keselamatan Rangkaian Komputer iaitu Muhamad Fadhil Aizad bin Alias, Pelajar Terbaik bagi setiap program pengajian iaitu Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) Wah Tiza A/P Uda, Sarjana Muda Sains (Keselamatan Rangkaian Komputer) Muhamad Fadhil Aizad bin Alias, Sarjana Muda Sains (Komputeran Internet) Mohammad Hariz bin Hasni, Diploma (Teknologi Maklumat) Muhamad Amierusyahmi bin Zuhairi dan Diploma Teknologi Maklumat (Multimedia) Mohd Faisal Aminuddin bin Mohd Saleh.
Semasa majlis ini diadakan, para pelajar turut diberi amanat untuk meningkatkan motivasi mereka oleh Timbalan Dekan Akademik & Siswazah, Encik Ahmad Nazari Mohd Rose dan Dekan Fakulti, Dr. Syadiah Nor Wan Shamsuddin.

 

 DSC 0131DSC 0126DSC 0114DSC 0121

Hubungi Kami

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • KEMASKINI TERAKHIR : 17/01/2024 

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX VERSI 3+ DAN MICROSOFT INTERNET EXPLORER VERSI 8+ DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 800 PIKSEL

© 2019 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN. HAKCIPTA TERPELIHARA.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin