UniSZA – HACK 2015

Program UniSZA-HACK 2015 merupakan salah satu program yang dirancang bagi memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai pembangunan dan isu-isu semasa berkaitan dengan teknologi maklumat. Program yang diadakan ini terbuka kepada semua para pensyarah Fakulti Informatik Dan Komputeran (FIK) dan diwajibkan kepada semua pelajar semester akhir program pengajian Sarjana Muda Sains Keselamatan Rangkaian Komputer (KRK) yang mana tujuan program ini adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran kepada para peserta mengenai kewujudan jenayah siber dan kesan-kesan terhadap para pengguna.
Di samping itu, program ini juga mempunyai objektif untuk mencungkil bakat dan kebolehan para peserta melalui pertandingan yang dianjurkan. Segala kemahiran teknologi maklumat para peserta akan dapat ditingkatkan untuk digunakan pada masa depan. Program ini banyak memberi manfaat yang berguna kepada fakulti kerana dapat memberi peluang kepada para peserta untuk menunjukkan kreativiti masing-masing dalam menambahbaik penggunaan teknologi maklumat ke tahap maksimum.
Program yang diadakan selama dua hari ini iaitu pada 24 – 25 April 2015 telah dibahagikan kepada beberapa slot yang dikendalikan oleh dua orang individu hebat daripada Green Zone Technologies En. Wan Marzuki Hazmi bin Wan Hassan dan En. Azuan bin Ahmad. Terdapat juga sesi ceramah yang disampaikan oleh pakar-pakar dalam bidang ini yang mana pihak FIK telah menjemput seorang pensyarah daripada Fakulti Perakauanan, Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa (FLAIR) iaitu Cik Nur Amani bin Fauzai dan seorang pensyarah daripada FIK iaitu Dr. Mohamad Afendee bin Mohamad. Pihak FIK juga telah menjemput seorang penceramah daripada Cybersecurity Malaysia, En. Aaron Ikram Moktar.
            Semoga pelaksanaan program ini akan dapat memberi pendedahan yang lebih jelas kepada para peserta mengenai realiti dunia siber ini. Ia bukan sahaja akan berguna untuk proses pembelajaran, malah ia juga akan dapat digunakan apabila semua peserta menamatkan pengajian kelak.

hack1

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 17/01/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin