SEMINAR DAN PAMERAN PROJEK AKHIR
PROGRAM PENGAJIAN DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA
Projek akhir merupakan satu kursus yang amat penting kepada pelajar semester akhir program pengajian diploma dan ijazah sarjana muda bagi melengkapkan syarat bergaduasi para pelajar.
Seminar ini telah diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar untuk membentang dan mempamerkan hasil projek akhir masing-masing untuk dinilai oleh para panel yang telah dilantik. Sesi pembentangan ini telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu untuk program ijazah sarjana muda yang diadakan pada 13 – 14 Mei 2015 dan untuk sesi pelajar diploma pula diadakan pada 17 Mei 2015. Sesi pembentangan projek akhir diploma juga turut dinilai oleh panel luar yang telah dijemput khas oleh Pusat Pengajian Teknologi Maklumat dan Pusat Pengajian Teknologi Maklumat (Multimedia).
Melalui seminar dan pameran projek akhir yang diadakan ini diharapkan ia bukan sahaja platform kepada pelajar membentangkan hasil projek kajian mereka, malah untuk meningkatkan keyakinan dan kemahiran dalam membangunkan produk-produk inovasi.
Pihak fakulti juga berharap program yang dianjurkan ini akan dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berkebolehan dan berkeyakinan sebagai salah satu persediaan untuk menghadapi alam pekerjaan yang lebih mencabar kelak.