SEMINAR DAN PAMERAN PROJEK AKHIR

SEMINAR DAN PAMERAN PROJEK AKHIR

 PROGRAM PENGAJIAN DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA

Projek akhir  merupakan satu kursus yang amat penting kepada pelajar semester akhir program pengajian diploma dan ijazah sarjana muda bagi melengkapkan syarat bergaduasi para pelajar.
Seminar ini telah diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar untuk membentang dan mempamerkan hasil projek akhir  masing-masing untuk dinilai oleh para panel yang telah dilantik. Sesi pembentangan ini telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu untuk program ijazah sarjana muda yang diadakan pada 13 – 14 Mei 2015 dan untuk sesi pelajar diploma pula diadakan pada 17 Mei 2015. Sesi pembentangan projek akhir diploma juga turut dinilai oleh panel luar yang telah dijemput khas oleh Pusat Pengajian Teknologi Maklumat dan Pusat Pengajian Teknologi Maklumat (Multimedia).
Melalui seminar dan pameran projek akhir yang diadakan ini diharapkan ia bukan sahaja  platform kepada pelajar membentangkan hasil projek kajian mereka, malah untuk meningkatkan keyakinan  dan kemahiran dalam membangunkan produk-produk inovasi. 
Pihak fakulti juga berharap program yang dianjurkan ini akan dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berkebolehan dan berkeyakinan  sebagai salah satu persediaan untuk menghadapi alam pekerjaan yang lebih mencabar kelak.

DSC 0315DSC 0330

DSC 0336DSC 0349

DSC 0358DSC 0354

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin