FIK LAKAR NAMA DI ITEX 2015

Sempena International Invention & Innovation Exhibition (ITEX) 2015 yang berlangsung pada 21 hingga 23 Mei 2015 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur, beberapa orang pensyarah daripada Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) turut sama mempertandingkan hasil produk masing-masing. 
Kejayaan pingat emas telah dirangkul oleh Dr. Syadiah Nor Wan Shamsuddin yang juga merupakan Dekan FIK yang telah mempertaruhkan produk i-Dyslex iaitu perisian komputer yang dapat mengesan penyakit disleksia dalam kalangan kanak-kanak. Manakala Pn. Norkhairani Abdul Rawi, Pensyarah FIK turut memenangi pingat emas telah mempertandingkan produk FIQIR Road Safety iaitu perisian komputer yang mendidik murid-murid sekolah rendah mengenai keselamatan jalan raya. Penerima pingat emas ketiga adalah Dr. Syarilla Iryani Ahmad Saany yang mengetengahkan produk Tajweed Race iaitu sebuah permainan komputer yang secara tidak langsung mengajar hukum tajwid dalam bacaan Al-Quran. Tidak ketinggalan ialah En. Azwa Abdul Aziz yang mendapat pingat perak dengan produk Course Learning Outcomes Performances Evaluation System (CLOPES) iaitu sebuah perisian komputer yang membantu pensyarah dalam penilaian  pembelajaran kursus.
Kejayaan yang dicapai ini bukan sahaja telah mengharumkan nama FIK malah ia telah menjadi inspirasi kepada kakitangan FIK yang lain untuk lebih inovatif demi mencapai matlamat, visi dan misi fakulti serta UniSZA.

DSC 0061 DSC 0072

DSC 0098 DSC 0214

photo 2015-05-25 11-40-18 photo 2015-05-25 11-40-26

photo 2015-05-25 11-39-57

Hubungi Kami

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • KEMASKINI TERAKHIR : 17/01/2024 

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX VERSI 3+ DAN MICROSOFT INTERNET EXPLORER VERSI 8+ DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 800 PIKSEL

© 2019 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN. HAKCIPTA TERPELIHARA.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin