PROGRAM BERSAMA INDUSTRI: MELESTARI PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN FIK

Seiring dengan matlamat fakulti untuk memperkasakan penyelidikan dan pembangunan agar terus selari dengan visi dan misi universiti, Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Program Bersama Industri: Melestari Penyelidikan dan Pembangunan.
Sehubungan dengan itu, pada 26 Mei 2015  bertempat di Bilik Mesyuarat Utama FIK, jawatankuasa penyelidikan dan pembangunan telah menganjurkan program berkenaan yang telah disertai oleh semua kakitangan akademik FIK. Pihak FIK juga telah menjemput dua orang penceramah yang pakar dalam bidang keselamatan komputer iaitu Dr. Solahuddin Shamsuddin daripada Cybersecurity Malaysia dan En. Kamal Hilmi Othman daripada GCLOGIX SDN BHD.
Matlamat utama program ini diadakan adalah bertujuan untuk perkongsian pengalaman, perbincangan peluang penyelidikan dan jaringan industri selain bagi merapatkan jurang antara universiti dan industri agar produk yang dihasilkan oleh fakulti dapat memenuhi kehendak pasaran.
Penganjuran program sebegini juga dilihat sebagai salah satu medium yang baik dalam meningkatkan produktiviti FIK selain untuk melebarkan jaringan industri dalam usaha untuk meningkatkan kualiti penyelidikan dan inovasi serta memantapkan pencapaian prestasi FIK dalam penyelidikan dan pembangunan.

DSC 0402 DSC 0403

DSC 0406

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin