IT4U 2015

INFORMATION TECHNOLOGY FOR YOU – IT4U

Penggunaan aplikasi ICT dalam pembelajaran dan pengajaran mampu memudahkan proses penguasaan kemahiran ilmu pengetahuan serta meningkatkan kefahaman terhadap sesuatu bidang yang dipelajari. Justeru, program Information Technology for You (IT4U) merupakan salah satu program  yang dianjurkan oleh Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) dalam usaha memberi khidmat kepada komuniti seterusnya merapatkan lagi jurang digital dengan masyarakat di sekeliling.
Program yang telah dilaksanakan pada 31 Julai 2015 sehingga 1 Ogos 2015 bertempat di Fakulti Informatik dan Komputeran, UniSZA Kampus Tembila ini telah melibatkan lebih kurang 23 buah sekolah menengah dari daerah Besut dan Setiu yang terpilih. Setiap sekolah telah diwakili oleh dua orang pelajar dan seorang guru.
Antara objektif utama pelaksanaan program ini ialah untuk menerangkan kepada peserta mengenai kepentingan dan peluang kerjaya dalam bidang ICT, mendedahkan para pelajar dengan persekitaran universiti sebenar agar mereka teruja untuk menjadi warganya, merapatkan jurang digital dengan memberi kesedaran kepentingan ICT kepada para guru dan pelajar.
Diharapkan pelaksanaan program ini dapat membantu guru-guru dan pelajar dalam merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran dan pengajaran menggunakan kemudahan ICT dengan lebih berkesan dan efektif serta mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang lebih menyeronokkan dan mencabar.

 

DSC 0460DSC 0484 DSC 0689DSC 0863

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin