Bengkel Pemurnian Artikel Berimpak Tinggi 2015

Bengkel Pemurnian Artikel Berimpak Tinggi Fakulti Informatik Dan Komputeran

Penganjuran bengkel artikel merupakan salah satu program yang seringkali dilaksanakan saban tahun. Penganjuran program ini juga merupakan salah satu usaha pihak fakulti untuk meningkatkan prestasi fakulti selain dalam usaha untuk mencapai KPI para staf akademik dalam penerbitan dan penyelidikan.
Kesinambungan daripada tahun 2015, bagi meningkatkan lagi artikel berimpak tinggi, FIK  telah mengadakan Bengkel Pemurnian Artikel Berimpak Tinggi pada 10 – 12 September 2015 bertempat di Holiday Villa Beach Resort & Spa, Cherating, Pahang yang melibatkan 40 orang staf akademik FIK.
Bengkel yang diadakan ini merupakan salah satu usaha pihak fakulti untuk membimbing dan memberi galakan kepada semua pensyarah untuk menulis dan menerbitkan artikel yang bermutu tinggi. Selain daripada itu, ia dilaksanakan bagi melancarkan proses pengemaskinian artikel  dalam jumlah yang besar  dan melibatkan bilangan pensyarah yang ramai serta disiapkan dalam tempoh berbengkel. 
Melalui penganjuran bengkel ini juga, fakulti berupaya untuk mewasit, mengulas, memberi cadangan dan menambahbaik 40 artikel berimpak tinggi yang dicadangkan untuk penerbitannya pada tahun 2015 dan 2016.
Bengkel artikel berimpak tinggi ini juga bukan sahaja memberi ruang dan peluang untuk para peserta mengemaskini hasil penerbitan masing-masing, malah para peserta juga berpeluang mendapat bimbingan daripada tiga orang fasilitator yang telah dijemput khas daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) iaitu Prof. Dr. Ku Ruhana Ku Mahamud dan Prof. Dr. Zulikha Jamaludin serta Prof. Dr.Mustafa Mat Deris daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Semoga dengan pelaksanaan bengkel ini bukan sahaja akan dapat meningkatkan KPi Penerbitan dan penyelidikan para pensyarah di FIK malah ia akan menjadi inspirasi kepada para pensyarah lain untuk lebih berdaya saing dalam mencapai matlmat fakulti seiring dengan visi dan misi fakulti dan universiti amnya.

 DSC 1146 DSC 1150 DSC 1229 DSC 1337 DSC 1338 DSC 1342 DSC 1185 DSC 1176

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 17/01/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin