MoU bersama CyberSecurity Malaysia

FIK Meterai MoU bersama CyberSecurity Malaysia

Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) pada 9 September 2015 telah memeterai satu memorandum persefahaman (MoU) dengan CyberSecurity Malaysia dalam usaha untuk meningkatkan penyelidikan bersama industri serta membantu dalam perkembangan akademik fakulti. Majlis menandatangai MoU diadakan di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur  sempena Cyber Security Malaysia Awards,   Conference & Exhibition (CSM-ACE2015).
Antara objektif utama pemeteraian MoU ini adalah sebagai salah satu usaha fakulti bagi mengadakan kerjasama dengan industri dari aspek akademik, penyelidikan, pembangunan dan inovasi. Selain daripada itu, memorandum persefahaman yang ditandatangani ini juga memberi peluang yang lebih luas kepada warga FIK untuk mendapat pendedahan dan juga perkongsian aplikasi perisian reka bentuk dan teknologi perkakasan yang terkini serta pemindahan teknologi antara kedua-dua institusi.
Pemilihan CyberSecurity Malaysia sebagai salah satu institusi untuk memeterai MoU adalah disebabkan oleh hubungan dua hala antara FIK dan CyberSecurity yang mana kedua-dua pihak kerap menjalin kerjasama dalam penganjuran latihan dan kursus untuk pelajar dan pensyarah di fakulti. Pihak CyberSecurity Malaysia juga mampu membantu dalam penganjuran kursus-kursus keselamatan siber seiring dengan penawaran program Sarjana Muda (Keselamatan Rangkaian Komputer) di FIK.
Melalui pemeteraian MoU ini sudah pasti akan memberi impak positif kelak kepada FIK dan UniSZA umumnya.

mou fik-cybersecurity

Hubungi Kami

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • KEMASKINI TERAKHIR : 08/04/2024 

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX VERSI 3+ DAN MICROSOFT INTERNET EXPLORER VERSI 8+ DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 800 PIKSEL

© 2019 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN. HAKCIPTA TERPELIHARA.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin