MAJLIS ANUGERAH DEKAN DAN KECEMERLANGAN PENSYARAH

Majlis Anugerah Dekan dan Kecemerlangan Pensyarah merupakan salah satu aktiviti yang boleh dikatakan wajib dilaksanakan saban semester. Namun bergitu, terdapat sedikit kelainan bagi majlis semester ini apabila julung-julung kalinya, pihak fakulti menambah 3 penganugerahan kepada pelajar dan anugerah kecemerlangan pensyarah. Dua anugerah baharu yang diperkenalkan pada semester ini adalah anugerah usaha siswa/i dan anugerah pelajar mithali manakala anugerah kepada pensyarah pula ialah anugerah transdisiplinari penyelidikan.
Tujuan utama majlis ini diadakan sudah pasti untuk memberi penghargaan kepada para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang pada semester lepas. Selain itu, sudah pasti pelaksanaan majlis sebegini menjadi pendorong semangat kepada pelajar lain untuk lebih gigih pada masa akan datang bagi memastikan kejayaan berjaya dicapai.  Majlis yang diadakan pada 5 November lalu di Foyer Blok D FIK telah dihadiri oleh seluruh warga FIK yang terdiri daripada staf dan pelajar. 
Antara penerima anugerah pelajar terbaik bagi setiap program adalah Ahmad Hadi Farhan Khairu Azua (Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer Pembangunan Perisian), Muhamad Fadhil Aizad Alias (Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer Keselamatan Rangkaian Komputer), Arifah Munirah Zulkifli (Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer Komputeran Internet), Mohd Azwan Md Saad ( Diploma Teknologi Maklumat), Muhammad Nur Athari Shafiee ( Diploma Teknologi Maklumat Multimedia). Manakala pelajar terbaik fakulti pula telah diberikan kepada Nur Farah Afifah Ahmad Sukri.
Bagi angerah tambahan yang diberikan pada semester ini, anugerah usaha siswa/i telah diberikan kepada Nur Farah Afifah Ahmad Sukri manakala anugerah pelajar mithali telah diberikan kepada Mohd Azwan Zulkifli. Anugerah kecemerlangan kepada pensyarah iaitu Anugerah Transdisiplinari Penyelidik telah diberikan kepada Profesor Dr. Mohd Nordin Abdul Rahman.
Semasa majlis ini diadakan, para pelajar turut diberi amanat untuk meningkatkan motivasi mereka oleh Timbalan Dekan Akademik & Prasiswazah Encik Ahmad Nazari Mohd Rose serta Dekan Fakulti, Dr. Syadiah Nor Wan Shamsuddin. Semoga dengan penganjuran majlis seperti akan memberi lebih inspirasi kepada semua pelajar untuk menuntut ilmu dan terus cemerlang pada masa hadapan.

DSC 1856DSC 1867DSC 1887DSC 2062

 

Hubungi Kami

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • KEMASKINI TERAKHIR : 08/04/2024 

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX VERSI 3+ DAN MICROSOFT INTERNET EXPLORER VERSI 8+ DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 800 PIKSEL

© 2019 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN. HAKCIPTA TERPELIHARA.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin