Bengkel Artikel Jurnal 2.0

Penganjuran bengkel artikel merupakan salah satu program yang diadakan saban tahun. Penganjuran bengkel ini juga merupakan salah satu usaha pihak fakulti untuk meningkatkan prestasi fakulti selain dalam usaha untuk mencapat KPI para staf akademik dalam penerbitan dan penyelidikan.
Pada tahun ini, bagi meningkatkan lagi artikel berimpak tinggi FIK  telah mengadakan Bengkel Artikel Jurnal 2.0 pada 18 – 20 Februari 2016  bertempat di Resort World Kijal,Kemaman, Terengganu  dan telah melibatkan 24 orang staf akademik dan 2 orang urusetia FIK.
Bengkel yang diadakan ini bagi membimbing dan memberi galakan kepada semua pensyarah FIK untuk bergabung tenaga dan idea bagimenghasilkan dan menerbitkan artikel yang bermutu tinggi. Selain daripada itu, bengkel dianjurkan untuk melancarkan proses pengemaskinian artikel  dalam jumlah yang besar  dan melibatkan bilangan pensyarah yang ramai disamping dapat meningkatkan KPI fakulti dalam aspek penerbitan buku dalam masa yang singkat .
Melalui penganjuran bengkel ini juga fakulti berupaya untuk mewasit, mengulas, memberi cadangan dan menambahbaik  24 artikel berimpak tinggi yang dicadangkan untuk penerbitan bagi tahun 2016 dan 2017.
Semoga dengan pelaksanaan bengkel ini bukan sahaja akan dapat meningkatkan KPI penerbitan dan penyelidikan para pensyarah di FIK malah ia akan menjadi inspirasi kepada para pensyarah lain untuk lebih berdaya saing dalam mencapai matlmat fakulti seiring dengan visi dan misi universiti.

1234

Contact Us

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • LAST MODIFIED: 08/04/2024 

THIS WEB IS BEST VIEWED BY APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX 3+ OR MICROSOFT INTERNET EXPLORER 10+ OR HIGHER WITH SCREEN RESOLUTION OF 1280 X 800 PIXELS

© 2019 FACULTY OF INFORMATICS AND COMPUTING. ALL RIGHTS RESERVED.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin