Cyber Security Awareness 2016

Program Cyber Security Awareness 2016 (CSA ’16) yang telah diadakan pada 21 April 2016 yang lalu di Sekolah Menengah Kebangsaan Tembila, Tembila Besut, Terengganu. Bertempat di Pusat Sumber dan Makmal Komputer, SMK Tembila adalah bertujuan  memberi pendedahan dan berkongsi ilmu mengenai kesedaran keselamatan siber di kalangan pelajar sekolah selain memberi pendedahan tentang isu etika dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Penglibatan seramai 120 orang pelajar Tingkatan 4 di sekolah berkenaan.

Program ini  merupakan satu program yang dirangka khusus untuk memenuhi keperluan kursus TKF 2113 – Komputer Etika dan Sosial, Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) . Memandangkan ini merupakan satu program perkongsian ilmu oleh pelajar Diploma Teknologi Maklumat  (DTM) dan Diploma Teknologi Maklumat (Multimedia) (DTMM) kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 SMK Tembila, Besut.

Tema program adalah ‘Be Secured Cyber Savvy’. Objektif bagi program ini adalah untuk menerangkan kepentingan keselamatan siber dalam penggunaan teknologi maklumat. Selain itu, memberi pendedahan mengenai isu-isu etika dalam keselamatan siber dan memberi sumbangan kemasyarakatan dalam menyebarkan ilmu dan kemahiran berkaitan keselamatan siber dan penggunaannya.

         Diharapkan program ini dapat meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan siber dalam penggunaan teknologi maklumat. Di samping itu, program ini juga dapat membentuk komuniti siber yang mempunyai pengetahuan mengenai isu-isu dalam etika komputer dan mengamalkannya dalam penggunaan teknologi maklumat seharian. Selain itu, diharapkan juga agar program ini dapat melahirkan pelajar berkualiti, berkemahiran insaniah yang tinggi dan boleh memberi sumbangan yang berguna kepada masyarakat persekitaran dan negara.

C1 C2

C3

Hubungi Kami

Fakulti Informatik dan Komputeran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Besut
22200 Besut, Terengganu

  • dummy 09-699 3200

  • dummy 09-699 3299

  • dummy fik@unisza.edu.my

  • KEMASKINI TERAKHIR : 17/01/2024 

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN APPLE SAFARI 4+, MOZILLA FIREFOX VERSI 3+ DAN MICROSOFT INTERNET EXPLORER VERSI 8+ DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 800 PIKSEL

© 2019 FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN. HAKCIPTA TERPELIHARA.

facebook_page_plugin
facebook_page_plugin